Nasyid Hijjaz

Nasyid Hijjaz merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid kontemporari. Kumpulan ini dianggotai seramai 4 orang ahli. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia, meninggalkan hanya 3 orang ahli. Namun kini, ahlinya kembali berjumlah 4 orang.

Hijjaz ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun.

Kumpulan Hijjaz kini mentadbir syarikat Hijjaz Music Entertainment. Kumpulan ini juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti kumpulan In-Team, kumpulan UNIC, kumpulan Ae-man dan kumpulan Mestica. Antara anak didik Hijjaz yang berjaya ialah Hafiz Hamidun (bekas anggota UNIC), Fitri Haris (bekas anggota UNIC), Fadzli Aziz (bekas anggota UNIC) dan Suhaimi Saad (bekas anggota In-Team).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *