Mirwana

Mirwana

Mirwana ialah sebuah kumpulan vokal berharmoni Malaysia yang sebelum ini lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan nasyid. Mirwana telah lama ditubuhkan iaitu sejak ahli-ahli Mirwana masih di tingkatan satu lagi. Ahli-ahli asal Mirwana iaitu Mohd Hafiz bin Hamzah (Along), Muhammad Akmaluddin bin Samsudin (Akmal), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz) dan Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat) berasal dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah Kajang, Selangor.

Nama MIRWANA berasal dari dua perkataan Arab iaitu ‘Marua’ yang bermaksud maruah/pegangan/identiti dan ‘Nahnu’ yang bermaksud ‘kami’. Kemudian diubahsuai menjadi ‘Marwana’ yang bermaksud ‘identiti kami’. Kemudian diubahsuai jadi kata nama khas… MIRWANA.

Di SMKA Maahad Hamidiah Kajang, kumpulan nasyid Mirwana sebenarnya ada pada setiap ambilan pelajar. Generasi pertama Mirwana adalah pada tahun 1991 yang ditubuhkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, selepas beliau menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Mereka bergerak di bawah Cable Maahad Network (CMN) bersama Ustaz Abu Hassan Morad.

Sehingga sekarang, kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah masih diperturunkan dan masih bertahan dari generasi ke generasi.

Album Mirwana
Secara komersil, Mirwana generasi kelima ini telah mengeluarkan tiga buah album iaitu ‘Hikmah Kembara’ pada tahun 2004, ‘Aku Tanpa CintaMu’ pada tahun 2006 dan yang terkini, ‘Bumi Akhir Usia’ pada tahun 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *