NowseeHeart

NowseeHeart

NowseeHeart – ialah sebuah kumpulan pemusik dan penyanyi nasyid di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid berbahasa Melayu.

NowSeeHeart bermula sebagai sebuah kumpulan nasyid sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Kumpulan 13 orang pelajar ini menggelarkan diri mereka Suara SMAKL. Setelah melanjutkan pelajaran ke IPT, mereka bergerak dengan nama Anugerah. Apabila menjadi artis rakaman Warner Music, hanya enam orang yang tinggal dan mereka mengambil nama NowSeeHeart.

Kumpulan NowSeeHeart bermula sebagai kumpulan penyanyi 6 orang kesemuanya lelaki: Sariman Abd Manap, Azahari Abd Rahman (ketua kumpulan), Huzaimi Zaini, Idzhar Jumali
Firdaus Baharuddin, Mujahid Abdul Wahab.

NowSeeHeart juga sudah mengeluarkan beberapa Album yang berjudulkan:
1. Wahyu Pertama (1998)
2. Berjalan, Melihat & Tafsir (2002)
3. Selawat 10 Hajat (2005)
4. Jalan Sehala (2005)
5. Kembali (2011)
6. Katakan (2014)

itulah yang saya ketahui tentang nasyid nowseeheart.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *