Rabbani

Rabbani

Rabbani – Kumpulan Rabbani merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan Rabbanitelah ditubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani yang bermaksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kearah kebaikan.

Kumpulan Rabbani dianggotai oleh 11 anggota yang kesemuanya lelaki. Yaitu: (Zul) Zulkiflee bin Azman, (Rahmat) Ahmad bin Syafie, (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim | (Meninggal dunia), (Asri Ubai) Mohd Asri bin Ubaidullah, (Deen) Mohd Rithaudden bin Yaakob, (Lokman) Mohd Loqman bin Abd. Aziz, (Azadan) Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah bin Hasyim, M. Afendi bin Shahbudin, Nazrul Azhar bin Tamrin, Azizan bin Khalid
Album ‘RABBANI’ bermaksud ‘Berilmu Dan Beramal’
Mengandungi 14 buah lagu.
Diterbitkan oleh pengarah urusan Permata Audio Productions (M), En. Sohibul Fadhil Sabiki
1. ARAH diterbitkan pada pertengahan tahun 1998, Mengandungi 11 buah lagu.
2. “MUHAMMAD YA HABIBI”. Diterbitkan pada 24hb Dis. 1999, Mengandungi 10 buah lagu.
3. PERGI TAK KEMBALI
Album yang membawa banyak perubahan dalam konsep irama kumpulan Rabbani di mana lagu-lagunya lebih segar diadun dengan alat muzik moden dan cergas.Lagu yang paling hit ialah lagu Pergi Tak Kembali.
4. IQRAR 1421 adalah sebuah album koleksi ‘Pertama’ Rabbani, Mengandungi 16 buah lagu. lagu- lagu terbaik serta 1 petikan hadith dan 1 potongan ayat al-Quran. Album ini manampilkan ciptaan LY. berjudul IQRAR.
5. Album Intifada mengandungi 10 buah lagu
6. AMAN. Mengandungi lagu-lagu seperti Apa yang Kau tahu dan Aman.Juga terdapat lagu Irtihal iaitu lagu Pergi Tak Kembali versi Arab.
7. QIBLAT. Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Qiblat,Pahlawan Agama,Handzalah.
8. EPIK. Terdapat lagu Subuh Yang Terakhir.
9. YALLA BEENA. Terdapat lagu Yalla Beena (Bersama Yasin)
10. MAULANA. Terdapat lagu Berpaut Pada Sabdamu
11. MAHABBAH. Mengandungi lagu-lagu seperti Kejora sinar zaman, Mahabbah, Hijrah, Nurul Iman dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *