Saujana

Saujana

Saujana – Saujana merupakan sebuah kumpulan grup nasyid yang aktif di Malaysia. Grup ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Ditubuhkan pada 1997 berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah Sek.Men Agama Persekutuan Kajang.

Tidak hanya itu Saujana juga merupakan kumpulan penyanyi religi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan ini telah menghasilkan lima album dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih sepuluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini turut mengadakan album duet bersama Kumpulan NowSeeHeart pada tahun 2005. Album itu d beri judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaanya Aidit Alfian dan Loloq. Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang ahli, masing-masing berusia 24 tahun pada 2005.

Mereka pernah mengadakan persembahan di seluruh negara Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan, dan mereka menjadi idola kepada remaja-remaja di Malaysia. Selain menyanyi, setiap seorang dari mereka juga mempunyai karier tetap masing-masing, atau menjadi mahasiswa di universiti. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik. Mereka kini berkarier professional sebagai doktor, jurutera, ekskutif dan menjalankan perniagaan sendiri.

Itulah Saujana yang saya kenal tetapi saya hanya mengenl sedikit bila anda ingin menambahkan tentang saujana maka silahkan saja komentari di bawah ini :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *