Tag Archives: Lirik Brother

Lirik Ampunilah Saya

Ya Allah! Ampunilah,
Dosa-dosaku,
Yang Kau mengetahuinya,
Lebih baik dariku. (2X)

Ya Rabbi! Kalau kuberbuat,
Dosa dan daga-dagi,
Biarlah ampunanMu,
Menutupinya lagi. (2X)

Ya Rabbi! Ampunilah,
Dosa yang dibuat,
Oleh mataku,
Ampunilah hambaMu!

Ampunilah kata-kataku,
Yang keji dan buruk,
Dan ampunilah ketidakmampuanku,
Menahan nafsuku. (2X)

CintaanMu kepada,
Mereka yang Kau suka,
Memang adalah lebih daripada,
Cinta yang dalam dunia. (2X)

Kau Sendiri bantuan mereka,
Yang tawakal padaMu,
Dengarlah kepadaku,
Wahai Tuhanku!

Berikanlah petunjuk padaku,
Agar kumeminta,
DariMu apa yang menguntungkan,
HambaMu selalu. (2X)

Ya Allah, adiliku,
Di dalam urusanku,
Berdasarkan keampunanMu,
Tak keadilanMu. (2X)

Lirik Mahligai Kebahagiaan

walaupun usia kita masih muda
janganlah kita hanyut dalam arus dunia

kerana ajal tiada mengenal
tua atau muda umur dan usia

jikalau kita dipanjangkan usia
janganlah hingga lalai dan leka

bersyukurlah kita di atas segala
nikmat-Nya yang tidak terkira

awas dan waspada, jangan terpedaya
dengan godaan syaitan durjana
hawa nafsu yang kehausan
harus dileraikan dengan ketabahan

banyakkan ibadah, tambah saham akhirat
tingkatkan iman, amalkan ihsan

taman syurga melambai-lambai
kepada mereka yang telah berjaya

mereka di sana bersuka ria
di taman keindahan mahligai kebahagiaan

jannatunnaim haruman raihan
nikmatnya air mata salsabil